Dato Terlajak Laris "Bengang Habis" Dikatakan "Pondan"

Dato' Aliff Syukri meluahkan rasa "bengang habis" gara-gara namanya dikaitkan dalam pergaduhan di antara pelakon, Rita Rudaini, dengan bekas rakan kongsinya, Siti Saleha.

Lebih membuat Dato' "Terlajak Laris" itu bertambah panas, Rita mendedahkan bahawa Siti Saleha dikatakan pernah "mengumpat" pengasas produk D'Herbs itu dengan menggelarnya sebagai "pondan".

"Kalau korang nak bergaduh sangat pun jangan kaitkan nama saya dan aibkan saya!!! Saya tak perlukan publisiti yang mengaibkan macam ni...," tulis Aliff yang dipetik dari akaun laman sosial Facebooknya.


Rita sebelum ini memberitahu media mengenai pembubaran syarikat perniagaan yang dikongsi dengan Siti Saleha terpaksa dibubarkan ekoran tiada persefahaman lagi di antara mereka.

Namun pelakon itu bertindak menyerang bekas rakan kongsinya itu menerusi media sosial dan secara tidak langsung "terlajak kata" dengan mendedahkan bahawa Siti Saleha pernah menggelar Aliff sebagai "pondan".

"Mulut dia memang racun..dia larang sis buat business dengan Terlajak Laris ni. Siap hasut sis kata 'pondan penipu', 'jangan percaya pondan ni' dan macam-macam la dia gelar kawan sis yang Terlajak Laris ni pondan," dakwa Rita mengenai sikap negatif Siti Saleha di laman Twitternya.

Berikut adalah kenyataan "bengang habis" dari Aliff "Terlajak Laris": -KedahNews.com

Kalau "pondan", takkan sampai 3 orang anak.. ye tak?