Individu yang merakam video kejadian ini pada petang selasa lalu,
merupakan pelanggan restoran yang risau jika apa yang disaksikannya itu
adalah satu kejadian culik.
Lantas dia bukan sahaja memuat naik rakaman kejadian malah membuat satu laporan polis.
Tindakan pelanggan ini boleh dipuji kerana ternyata masih ada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib orang lain.
Di bawah adalah video dimaksudkan:
Bagaimana pun, cerita sebenar di sebalik insiden culik ini rupa-rupanya agak lucu.
Berdasarkan laporan akhbar hari ini, lelaki yang dipaksa masuk ke
dalam kereta dalam rakaman tersebut rupa-rupanya ‘diculik’ oleh keluarga
belah isterinya untuk dibawa pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalah
rumah tangga.
Tambah menarik, lelaki tersebut diberitakan seseorang berpangkat "Datuk Seri".
Moral daripada kejadian ini adalah, para suami tidak sepatutnya
melarikan diri apabila menghadapi masalah keluarga sebelum
menyelesaikannya.
Bukan apa dibimbangi jika isteri anda senekad "Datin Seri" dalam
cerita ini maka adegan filem Hindi mungkin akan berlaku dan
menggemparkan seluruh negara!
Apa pun, nasib "Datuk Seri" dalam video di atas tak perlu dibimbangkan
kerana difahamkan, beliau dalam keadaan selamat dan sudah pun ke balai
polis untuk memberi keterangan bersama isteri dan anggota keluarga yang
‘menculiknya’ tempoh hari.
Sumber: Mynewshub.cc