Kuching - Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Imigresen menyekat kemasukkan Tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar Abdalla ke negara ini kerana khuatir fahaman yang dibawa akan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Difahamkan, Ulil Abshar menerima jemputan daripada beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan untuk mengadakan ceramah di negara ini, bermula 15 Oktober ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata beberapa laporan polis dibuat mengenai jemputan tokoh berkenaan ke negara ini dan KDN mengambil tindakan menyekat kemasukan beliau hingga waktu yang akan ditentukan kemudian.
"Kami tidak mahu ceramah bakal disampaikan nanti mengganggu ketenteraman awam dan mampu memesongkan akidah umat Islam," katanya ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, di sini.
Dalam perkembangan berasingan, Zahid berkata, KDN turut mengarahkan polis, Imigresen dan agensi berkaitan mengetatkan kawalan di sempadan serta pintu masuk negara bagi menghalang kemasukan pengikut kumpulan militan Jemaah Islamiah yang bakal dibebaskan dari penjara Indonesia mulai tahun depan.
Katanya, 350 pengikut ketua kumpulanAbu Bakar Bashir itu dijangka dibebaskan pada bila-bila masa tahun depan.
"Kita tidak mahu bekas banduan berkenaan masuk ke negara ini dan menyebarkan fahaman mereka. Mereka diharamkan masuk ke negara ini sampai bila-bila. Penguatkuasaan arahan ini turut mendapat kerjasama polis dan unit risikan antarabangsa. -myMetro