Tiga sahabat pada Khamis masing-masing didenda RM100 oleh Mahkamah
Sesyen di sini setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan
perkataan kurang sopan terhadap anggota polis yang sedang bertugas,
Isnin lepas.
Pemborong kayu V. Vegneswaran, pekebun sayur N. Jega Thesan dan pekerja sebuah firma guaman, A. Jaiprakash kesemuanya berusia 33 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan selepas tol Universiti Putra Malaysia(UPM) menghala ke Serdang, Selangor pada kira-kira pukul 4 pagi, 6 Oktober lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda.
Sebelum itu, Vegneswaran yang mengaku bersalah pada mulanya menukar pengakuan kepada tidak bersalah di atas satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja menghalang penjawat awam melakukan tugas dengan tidak memberhentikan keretanya selepas diminta berbuat demikian.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Km 303 Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur pada pukul 3.20 pagi hari yang sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Noor Hafizah membenarkan Vegneswaran diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 November untuk sebutan kes.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian, beberapa anggota polis yang sedang
membuat rondaan cuba menahan kereta tertuduh yang bercermin gelap dan
tidak diketahui jumlah penumpang di dalamnya.
Anggota polis telah memasang lampu 'beacon', membunyikan siren dan memberi arahan melalui pembesar suara supaya memberhentikan kereta sebaliknya pemandunya terus memecut dan polis mengejar kereta itu.
Selepas memasuki tol UPM menghala ke Serdang, kereta yang dinaiki tertuduh telah dipintas oleh polis dan setelah ketiga-tiga lelaki itu keluar dari kereta itu, mereka mula mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki anggota polis yang menjalankan tugas mereka.
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya B. Uma Devi dan Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail. -mStar