SANGAT terkenal kisah penglibatan labah-labah dan burung merpati dalam peristiwa hijrah ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a bersembunyi dalam gua Thur di Mekah.
Walaupun kisah ini disebut dalam beberapa riwayat terkenal seperti Musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Musannaf Abdul Razzak, para ulama sejarah dan sesetengah ulama hadis berselisih pendapat tentang status kesahihan kisah ini.
Ringkasnya para ulama hadis menolak riwayat tersebut yang dikatakan tidak sahih.
Ringkasnya para ulama hadis menolak riwayat tersebut yang dikatakan tidak sahih.
Tambahan pula Allah SWT menyatakan bantuan tentera-Nya kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah itu adalah bantuan tentera yang tidak dapat dilihat, iaitu tentera malaikat yang memberikan ketenangan kepada mereka dan menutup pandangan musyrikin yang sudah sampai di pintu Gua Thur.
Firman Allah yang bermaksud:
Firman Allah yang bermaksud:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.
Maka Allah SWT menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah SWT menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 40)
Ketika mengulas perselisihan ini, para ulama yang menerima riwayat labah-labah dan merpati berhujah ia tidak mustahil berlaku sebagai mukjizat seorang Rasul.
Syeikh Muhammad Abu Syahbah dalam bukunya, al-Sirah al-Nabawiyyah Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah dan Atiyyah Saqar dalam Fatwa al-Azhar seakan menerima riwayat labah-labah dan burung merpati dengan maksud umum iaitu ia sebahagian daripada mukjizat Rasulullah SAW.
Tambahan pula tentera Allah SWT tidak terkira banyaknya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi. (al-Fath:4)
Kesimpulannya, persoalan sahih atau tidak riwayat labah-labah dan burung merpati bukanlah perkara pokok yang perlu dipegang dalam peristiwa hijrah.
Apa yang lebih penting adalah semangat hijrah. Jika ditolak atau diterima sekalipun riwayat itu, hijrah sudah berlaku dan Islam tetap teguh maju selepas berlakunya hijrah Baginda SAW.
Apa yang lebih penting adalah semangat hijrah. Jika ditolak atau diterima sekalipun riwayat itu, hijrah sudah berlaku dan Islam tetap teguh maju selepas berlakunya hijrah Baginda SAW.
Sumber: Utusan