Kalau ada yang mengikuti Instagram ibu muda cantik ini,
anda pasti perasan Diana Danielle sering memuat naik gambarnya manis
bertudung litup.
Mulanya memang kami tertanya-tanya tetapi menyambut baik penghijrahan
selebriti wanita di Malaysia yang dilihat meningkat semakin hari.
Memang ramai peminatnya menganggap Diana Danielle bertudung penuh
kerana artis itu memuat naik beberapa gambar lain dia mengenakan tudung.
Akhirnya persoalan ini terjawab, bercakap kepada GUA, suaminya Farid
Kamil menjelaskan yang isterinya itu mengenakan tudung untuk memenuhi
tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Perempuan Lindungan Kaabah selain sebuah lagi telefilem lain.
“Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika
berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini
juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun
buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelas Farid Kamil.
Farid Kamil turut ditanya adakah isterinya itu masih mencemburui Nora
Danish yang turut sama berganding dengannya dalam filem Anak Jantan
gara-gara insiden gambar baru-baru ini.
“Tidak, dia sudah profesional sekarang. Dia faham, malah dia sendiri
tidak sabar nak menunggu malam gala filem ini nanti untuk menonton
bersama-sama filem Anak Jantan bersama saya,” ujar Farid Kamil.
Manisnya ibu cantik ini mengenakan tudung kan!
Sumber: Mynewshub.my
Sumber: Mynewshub.my