Doktor Bertubuh Paling Seksi Di Dunia?

Seorang pelajar perubatan dari Serbia, Maja Pavlovic, tiba-tiba menjadi seorang doktor terkenal apabila menjuarai sebuah pertandingan berbikini, sekaligus menerima jolokan doktor paling bertubuh seksi di negara kelahirannya.

Maja yang bercita-cita menjadi seorang ahli politik dari parti Sosialis di Serbia itu menjadi perhatian umum khususnya lelaki "berhidung belang" yang sanggup berpura-pura sakit semata-mata mahu menerima rawatan darinya.

Berdasarkan bentuk tubuhnya yang menarik mata lelaki itu, pemenang ratu bikini bagi "Women 's Bikini Fitness Contest" di Sepanyol itu bagaikan "magnet" apabila bandar yang menjadi lokasi praktikal kedoktorannya tiba-tiba penuh dengan pesakit lelaki!

Dalam perkembangan dunia politik Maja di Serbia, bakal doktor yang seksi itu dilaporkan telah terpilih sebagai Ahli Dewan di Bandar Cacak, sebuah bandar yang terletak di selatan negara tersebut.

KedahNews.com tidak pasti sama ada pemilihannya sebagai Ahli Dewan tersebut dipilih berdasarkan kelayakannya sebagai pemimpin yang mampu menjadi contoh rakyat atau hanya semata-mata kerana kemontokan tubuh gadis tersebut.

Harapnya, tiada pula rakyat Malaysia yang sanggup berpura-pura sakit dan mahu ke Serbia untuk mendapatkan rawatan dari Maja... -KedahNews.com