Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.
Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya – Mona dan Rama – tinggal di rumah sama di Amroli.
“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita
yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang
hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa
menggunakan "kuasa hikmat"nya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti
mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.
Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa
pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. – Agensi