Seorang lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di
dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari
sebuah restoran makanan segera.
Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.
“Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika
buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak
tikus,” katanya kepada BBC.
Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera
yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.
Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
“Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti,” jelasnya. -mStar Online