SEJAK bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser
Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara tidak langsung aktres cantik,
Eina Azman turut mendapat tempias kepada gelaran tersebut.
Mendapat pangkat Datin Paduka pada usia 19 tahun, Eina mengakui tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja.
Bagaimanapun, sebaik memperoleh gelaran itu, Eina merasa terkilan kerana peluang untuknya kembali aktif berlakon bagaikan tertutup.
Ini kerana, kata Eina, ada sesetengah pihak produksi yang takut untuk mengambilnya berlakon lantaran gelaran yang dipegangnya itu.
"Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah," tegasnya ketika dihubungi Zass, semalam.
Eina yang kini popular menerusi drama bersiri Selamat Pengantin Madu memberitahu, dia kini akan lebih memilih watak demi menjaga hati suaminya.
Dalam perkembangan lain, Eina juga bakal muncul dalam drama bersiri RTM, Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.
Sementara itu, Eina yang baru saja pulang dari berbulan madu di Kepulauan Maldives, menjelaskan dia kini semakin bahagia dalam melayari rumah tangganya.
"Hidup saya bukan lagi seperti waktu bujang dahulu. Kini, celik saja mata sudah fikirkan untuk suami seperti menyediakan pakaian dan makanan untuknya selain perlu meminta izin untuk keluar dari rumah.
"Saya akui saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya juga sempat memasak untuknya, Ketam Masak Lemak Cili Api, dan dia sangat menyukainya," katanya sambil memberitahu yang dia kini berada di Kota Kinabalu kerana menemani suaminya menghadiri mesyuarat penting. -Sinar Harian