Petani di sekitar Kampung Tualang tetap meneruskan aktiviti pertanian
walaupun ramalan cuaca pada pertengahan tahun ini dijangka akan
berlakunya fenomena El Nino.
Fenomena El Nino dikatakan akan berlaku pada musim kedua tanaman pada tahun ini menyebabkan berlakunya kemarau hingga bekalan air akan terjejas dan menyebabkan sawah akan kering kontang serta menjejaskan tanaman padi di negeri ini.
Petani, Abd Rahman Husin, 43, berkata, pesawah di kawasan ini tetap meneruskan aktiviti bagi musim kedua tanaman seperti biasa memandangkan taburan hujan sekarang menyebabkan bendang dipenuhi air.
Katanya, pesawah di kawasan itu baru sahaja menuai padi pada Ogos lalu bagi musim pertama dan sekarang mereka sibuk membajak dan ada sesetengahnya pula sudah menabur benih padi untuk musim kedua.
“Keadaan cuaca nampaknya seperti sudah masuk musim hujan dan proses penanaman padi akan menjadi lebih lancar kerana peringkat awal ini sawah memerlukan air yang cukup. Taburan air hujan sekarang yang turun setiap hari mampu menampung bekalan air dalam sawah.
“Di Kedah, Ogos hingga Oktober adalah musim tengkujuh dan kami yakin musim ini Mada mampu membekalkan air kepada pesawah untuk meneruskan aktiviti seperti biasa walaupun digembar-gemburkan akan berlakunya kemarau pada pertengahan tahun ini," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, jika berlaku fenomena El Nino di sini, mereka hanya menyerah kepada takdir dan yang penting ialah berusaha terlebih dahulu. -Sinar Harian