MEDIA Indonesia melaporkan artis kita, Elfira Loy kini berpacaran dengan artis mereka, Baim Wong, memetik laporan Rotikaya.
Pasangan itu yang pernah berlakon bersama di telemovie ‘Untuk
Terakhir Kali’ dikatakan memang hangat bercinta, berdasarkan pengakuan
Baim sendiri.
Ketika ditemui media Indonesia, pasangan Baim Wong, 33, dan Elfira
Loy, 20, hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita
Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di
sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama.
Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet
dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis
perkahwinan itu.
“Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun
yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah
cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang,”ujar Baim Wong
seperti dilaporkan media Indonesia.
Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV Meletop, pasangan ini
tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen selain aksi
Baim Wong sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang
bercinta dengan Elfira Loy.
Ketika itu Baim Wong hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie bersama Elfira Loy ‘Untuk Terakhir Kali’.
Hari ini juga, Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar mereka yang
berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang
baru, Joko Widodo.
Dikatakan juga, Elfira Roy sudah bertemu dengan ahli keluarga Baim
Wong dan disukai oleh ahli keluarganya. Kalau dah begitu, bila lagi nak
naik pelamin ini? Tak sabar nak tengok…
Sumber: Mynewshub.cc