Sebelum ini timbul pelbagai dakwaan yang mengatakan rumahtangga aktres dan pengarah filem terkenal tanahair, Erma Fatima bermasalah dan bagaikan "telur dihujung tanduk" apabila suaminya, Baderudin Hj Azmi, menikah seorang lagi.
Meskipun Erma menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya merelakan suaminya memadukan dirinya, masih lagi ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, menabur cerita yang bukan-bukan terhadapnya.
Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha.
Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.
KedahNews.com mengharap agar pihak-pihak yang cuba mencetus cerita-cerita tidak benar mengenai rumahtangga Erma agar menghentikan perlakuan tidak wajar itu atas dasar kasih sayang di antara umat Islam.
Lagipun yang paling utamanya, Islam sendiri melarang umatnya menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar dan berunsur fitnah, termasuk kepada golongan bukan Islam.
Janganlah kita hanya "Islam di atas kad pengenalan" sahaja tanpa mengamalkan agama Allah itu. Ingatlah dosa, pahala dan hari akhirat, hari yang penuh dengan pembalasan nanti, kan? Wallahu'alam. -KedahNews.com