Anak muda generasi pelapis yang akan meneruskan legasi pembangunan
negara, namun apa yang perlu kita lakukan jika golongan ini semakin
hilang pertimbangan? Mudah terpengaruh dengan anasir luar selain desakan
hidup antara punca jenayah juvana.
Melihat kepada peningkatan kes juvana setiap tahun memberi gambaran
seolah-olah Gen Y makin kurang terpelajar kerana mudah ikut hati
melakukan kesalahan. Hal ini disuarakan Naib Pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang meluahkan
rasa kecewa.
Dia selaku salah seorang yang bertanggungjawab dalam isu ini melihat kes jenayah membabitkan juvana bertambah dari tahun ke tahun. Jelas sekali trend ini semakin membimbangkan.

BABITKAN REMAJA USIA 12 hingga 17 TAHUN
Menurut Lee, statistik merekodkan pada tahun lalu terdapat 7,816 kes jenayah juvana direkodkan. Lebih merisaukan apabila kebanyakan kes membabitkan pelajar sekolah. Tahun lalu menyaksikan 1,632 kes membabitkan golongan ini berbanding dengan 1,042 kes tahun sebelumnya. Ia sekali gus memperlihatkan peningkatan lebih 57 peratus.
Sebanyak 47 peratus kes membabitkan remaja di antara umur 12 hingga 17 tahun juga direkodkan tahun lalu. Ini membuktikan walaupun diberi pendidikan melalui institusi persekolahan, remaja masih melakukan jenayah. Kes jenayah berat atau ganas dalam kalangan mereka ini juga meningkat pada 542 kes tahun lalu berbanding 368 kes tahun sebelumnya.
Apa yang dikesalkan, terdapat pesalah berusia semuda 12 tahun terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah, judi dan pelbagai pesakit sosial.
Jelas sekali angka ini tidak boleh dipandang ringan. Isu ini adalah fokus penting yang perlu mendapat perhatian semua pihak sama ada sekolah, ibu bapa, masyarakat, pihak polis juga orang ramai. Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya sesuatu tidak dilakukan dengan segera.
15 KES BERLAKU DALAM SEJAM
Sementara itu, berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Parlimen pada Jun lalu, purata indeks jenayah di negara ini adalah sebanyak 15 kes dalam masa sejam bersamaan 368 kes dicatatkan dalam masa sehari.
Difahamkan, kes kecurian motosikal disenarai sebagai bilangan kes tertinggi iaitu 858 kes dalam tempoh seminggu. Diikuti mencuri (409) dan kes pecah rumah (405). Samun berkumpulan tanpa bersenjata sebanyak 300 kes dan mencuri kereta direkodkan 257 kes.
Angka ini tidak boleh diubah melainkan diri sendiri yang sedar kesalahan dilakukan. Jangan terlalu kejar kemahuan jangka pendek hingga sanggup lakukan jenayah tetapi fikir laluan terbaik mencorak masa depan untuk kesenangan diri sendiri kelak.
Kita bukan mahu mencari jawapan bagi permasalahan ini, tetapi jalan penyelesaian yang terbaik untuk selamatkan bakal pemimpin untuk menerajui negara. -myMetro