Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki
terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam
Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang KLIA2 pada Ahad.
Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.
Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke
Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei
sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.
Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.
Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.
Sejak April hingga 21 September tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS.

Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria.