Gadis Berselfie Lucah Dalam Keadaan Bertelekung Di Surau?

Sekiranya difikirkan, tidak hairanlah jika Rasulullah SAW pernah membayangkan kesedihan baginda tentang betapa nipisnya iman di hati umat Islam di akhir zaman.

Dalam keadaan sebelum atau selepas menunaikan ibadah solat, kita begitu mudah melakukan dosa atau perkara yang jelas memalukan diri dan Islam itu sendiri.

Contohnya, sekeping gambar menunjukkan seorang gadis yang masih bertelekung solat, tanpa rasa malu telah berselfie dalam keadaan yang cukup memalukan.

Berkemungkinan besar gambar selfie tersebut dirakam di sebuah surau berdasarkan latar belakangnya.

Tidak dapat dipastikan pula apa tujuan gadis tersebut berselfie sedemikian rupa. Sama ada untuk kekasih, tunang atau suami, wallahu'alam.

KedahNews.com juga tidak pasti gambar tersebut sengaja dirakam oleh pihak tertentu yang sengaja memburukkan Islam di mata orang ramai atau tidak.

Namun gambaran dari imej tersebut mampu menjejaskan imej wanita muslimah, bukan?

Kami menyarankan agar tidak ada muslimah yang berkelakuan sedemikian pada masa akan datang.

Jika tidak malu pada diri sendiri atau masyarakat, malulah pada Allah SWT yang Maha Melihat. 

Mohon bertaubat segera dan kembalilah ke jalan Allah yang digariskan Rasulullah SAW. - KedahNews.com