"Gadis" Cantik Dibunuh, Dikerat, Direbus Kekasih Sendiri!


Seorang warga Indonesia dibunuh dan dikerat sebelum direbus oleh kekasihnya sendiri di Brisbane, Australia.

Menurut Astroawani.com, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengarah Penerangan Kementerian Luar Negeri, Sofia Sudharma pada Isnin lalu.

Mayang Prasetyo, 27 tahun merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, pukul 9 malam waktu Brisbane.

Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong berjaya melarikan diri dan kemudian telah membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri.

Mangsa yang berasal dari Melbourne berpindah ke Brisbane enam bulan lalu.

Pasangan itu dikatakan telah "berkahwin" pada tahun lalu.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com