Subang Jaya - Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300
kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga
Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan
bersekedudukan.
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16
tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid
kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan
sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.
Dalam
kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan
terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang
remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.
“Sebaik
masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu
bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam
almari. -myMetro