Gagal Masuk Ke Malaysia, Tokoh Liberal Guna "Skype" Sampaikan Dakyah!

Biarpun menghadapi sekatan untuk masuk ke Malaysia secara fizikal, tokoh fahaman liberal, Ulil Abshar Abdalla, tetap dapat menyampaikan pandangannya dalam satu program dialog persidangan yang berlangsung di Hotel Swiss Garden, di ibu negara, hari ini.

Melalui aplikasi "Skpye", Ulil Abshar yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia ekoran fahamannya yang mendokong liberalisasi Islam, sempat menyampaikan dakyahnya di depan lebih kurang 100 tetamu yang menyertai persidangan tersebut.

Ulil Abshar dalam ucapannya, menyelar tindakan kerajaan Indonesia dan masyarakat Islam di negara itu yang kononnya "bersalah" kerana bertindak "menyerang" beberapa fahaman di negara jiran tersebut.

"Sebagai contoh, pengikut Ahmadiyyah (mazhab lain dalam Islam) di Indonesia diserang oleh umat Islam yang lain, yang melihat mereka sebagai berbeza.

"Asas kepada masalah ini ialah peningkatan konservatisme agama di Indonesia, yang menyebabkan berkurangan pemahalan dan toleransi," kata Ulil Abshar dalam satu sesi persidangan bertajuk "Agama dan Hak Asasi Manusia di Asia Tenggara", yang dipetik dari Malaysian Insider.

Ulil Abshar Abdalla, tokoh liberalisme Islam Indonesia
Imam Besar Masjid Al-Istiqlal di Indonesia, Dr. Ali Mustafa, ketika berada di Sabah mendakwa gerakan liberalisme di Indonesia semakin membimbangkan dan dikhuariti mampu memesongkan aqidah jutaan umat Islam di negara itu dalam pelbagai kaedah dakyah mereka.

Ulil Abshar pula merupakan antara tokoh pendokong utama golongan berfahaman liberal itu dan telah disekat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari masuk ke Malaysia kerana dikhuatiri menyebarkan dakyah songsang itu, baru-baru ini.

Dr Ahmad Farouk Musa dari IRF
Selain itu, seorang penceramah di program berkenaan, Dr Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF), mendakwa pihak Kerajaan Malaysia bersikap tidak wajar kerana turut "menyerang" golongan berfahaman Syiah di negara ini.

Katanya, hak kumpulan minoriti Islam di Malaysia seperti Syiah patut dilindungi. -KedahNews.com