Gaji Lelaki Ini Naik 2,400% Seminggu..!


> Bekas pemain akademi itu kini hanya memperolehi gaji £2,000 seminggu

> Tetapi Van Gaal melihat Blackett adalah masa depan Manchester United

> Dia kini bakal memperolehi tawaran gaji baru sehingga £50,000 seminggu


KAGUM dengan perkembangan mendadak pemain muda lulusan akademi, Tyler Blackett, Manchester United kini sedang menyiapkan kandungan kontrak barunya yang bakal menyaksikannya memperolehi peningkatan gaji sehingga 2,400 peratus.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu kini hanya menerima £2,000 seminggu tetapi sumber-sumber dalaman kelab itu mendedahkan yang dia mungkin akan mendapat gaji baru sehingga £50,000 seminggu.

Manchester United memulakan musim baru ini tanpa barisan pemain pertahanan kukuh apabila tiga tonggak utama iaitu kapten Nimanja Vidic, timbalan kapten, Patrice Evra dan Rio Ferdinand kesemuanya mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baru di kelab lain.

Vidic kini bermain untuk Inter Milan, Evra untuk Juventus dan Ferdinand untuk QPR.

Untuk menambah burukkan lagi keadaan, generasi lapisan kedua pemain-pemain pertahanan seperti Chris Smalling, Phil Jones, Jonathan Evans malah pemain pertahanan yang baru dibeli, Luke Shaw dibelenggu kecederaan yang berpanjangan.

Situasi terdesak ini telah menyaksikan Blackett muncul sebagai pilihan utama dan persembahannya tidak lah mengecewakan.

Dan ini bermakna dia kini bermain di samping bintang-bintang ternama dunia seperti Wayne Rooney, Angel di Maria dan juga Radamel Falcao.

Pengurus United, Louis Van Gaal dijangka mengemukakan cadangan kepada anggota Lembaga Pengarah untuk mempertimbangkan kenaikkan gaji baru Blackett dalam kontrak baru yang akan ditandatangani tidak lama lagi. -mStar