Gambar: Betapa Indahnya Islam Di Celah Kota...

Di zaman serba "kurang ajar" kini, tidak dinafikan norma kehidupan manusia sering tersasar jauh dari nilai-nilai murni dan akhlak yang diterapkan oleh Rasulullah SAW kira-kira lebih 1,400 tahun yang lalu.

Kebanyakan kita begitu mudah diresapi budaya "kuning" sehingga lupa tujuan dilahirkan  sebagai "khalifah Allah" di muka bumi ini sementara menanti saat digamit ajal yang pasti.

Namun KedahNews.com yakin, tidak semua yang begitu. Masih ada lagi di kalangan anak muda dan masyarakt Malaysia yang ikhlas menabur pahala dengan berbuat kebajikan tidak mengira di mana jua kita berada.

Dicelah-celah kehidupan yang serba mencabar ini, masih ada lagi golongan yang berhati mulia dan sanggup mengamalkan akhlak mahmudah.

Kami tersentuh melihat beberapa keping gambar yang memaparkan "cerita" seorang lelaki tua dan gelandangan yang compang-camping.

Lelaki tua itu kelihatan berbesar hati untuk membantu gelandangan tersebut menukar baju di tengah hiruk-pikuk warga kota yang mungkin sebelum ini mungkin tidak mempedulikan nasib golongan kurang bernasib baik di celah "kemajuan" materialistik itu.

Islam itu agama bersih dan sukakan kebersihan. Syabas kepada pakcik tersebut kerana berjaya membuktikan betapa Islam itu indah... -KedahNews.com


homeless-2
homeless-3
homeless-4