Ekoran penyebaran beberapa keping gambar intim yang dikaitkan dengan
Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari baru-baru ini, dua anak
muda Melayu yang menyertai DAP itu kembali menjadi perhatian umum serta
menjadi topik panas yang diperbual.
Sudah semestinya, kedua anak muda Melayu itu menafikan individu yang terpapat di gambar-gambar tersebut adalah mereka dan masing-masing menafikan serta meluahkan rasa marah pada dalang penyebaran gambar-gambar tidak bermoral itu.
"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk. Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," kata Zairil berhubung isu gambar-gambar itu.
"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang. Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," kata Dyana pula sebagaimana dipetik dari Sinar Harian.
Penulis secara peribadi mengutuk keras penyebaran gambar seumpama itu.
Islam pada dasarnya melarang keras umatnya menyebarkan keaiban individu lain khususnya di khalayak umum. Apatah lagi sekiranya gambar tersebut direka-reka untuk memburuk-buruk dan memfitnah pihak tertentu. Sudah tentu berdosa besar menabur fitnah, bukan?
Keduanya, gambar-gambar tersebut menyalahi etika kewartawanan dan penyiaran selain mampu memberi pengaruh buruk kepada golongan anak muda lain yang mungkin cuba meniru aksi tidak senonoh di dalam gambar-gambar tersebut. Moralnya salah sama sekali.
Kebiasaannya, lumrah akal yang pendek mungkin akan menuduh musuh politik DAP sebagai dalang yang bertanggungjawab dalam isu penyebaran gambar-gambar itu. Maka mereka yang berfikiran sebegitu sudah tentu akan menuding jari pada UMNO atau Barisan Nasional (BN), musuh tradisi DAP dalam medan politik Malaysia.
Namun benarkah UMNO dan BN yang bertanggungjawab dalam hal tdak beretika itu?
Namun jika dirujuk pada Islam dan undang-undang, kita dilarang sama sekali untuk menuduh tanpa bukti-bukti yang kukuh dan sahih, bukan? Apa hukumnya menuduh semberono tanpa bukti sebegitu di dalam Islam agaknya? Satu lagi fitnah, bukan?
Tidak dinafikan bahawa kelibat dua anak muda Melayu yang menyertai DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari, menjadi perbahasan ramai pihak khususnya masyarakat Melayu itu sendiri.
Namun kedua anak muda itu juga perlu menerima hakikat bahawa meskipun penglibatan mereka bersama DAP seolah dilayan istimewa beberapa pemimpin parti itu di peringkat pusat, mereka tidak pula semestinya diterima baik di peringkat akar umbi.
Kehadiran Zairil sebetulnya mendapat tentangan keras dari para pemimpin akar umbi di Kedah. Ketika dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, para pemimpin DAP Kedah "mengamuk sakan" dan memandang dingin terhadap Zairil.
Zairil ditentang habis-habisan di Kedah dan jawatannya yang dilantik oleh DAP Pusat itu langsung tidak diiktiraf oleh DAP Kedah sehingga menyebabkan krisis serta pepecahan serius parti itu di peringkat negeri. Kemelut itu masih gagal diselesaikan sehingga kini.
Begitu juga dengan Dyana, anak gadis Melayu ini menerima tamparan keras dari DAP Perak apabila dia tewas mengejut kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebelum ini.
Parlimen itu sebetulnya dikuasai DAP dengan beribu-ribu undi majoriti, namun faktor tidak mendapat sokongan dari akar umni DAP Perak, khususnya di Teluk Intan, dia tewas tipis dengan majoriti 238 undi selain kehilangan ribuan undi sebelum itu.
Kehilangan ribuan undi itu masih menjadi tanda tanya dan analisis menunjukkan bahawa antara faktor penolakan Dyana di Teluk Intan hanyalah semata-mata kerana dia berbangsa Melayu!
Justeru, tidak wajarlah musuh Zairil dan Dyana hanya ditumpukan pada UMNO dan BN sahaja. Mungkin ada pihak di dalam DAP sendiri yang merancang untuk menjatuhkan kedua anak muda Melayu di dalam parti yang terkenal dengn sifat "chauvinis ultra kiasu" itu, bukan?
Politik itu bukan selalunya indah dan "bersih" semata-mata. Janganlah hanya nampak kuman di seberang laut, namun tidak nampak pula gajah di depan mata. Sesungguhnya api di dalam sekam itu lebih merbahaya, bukan? Wallahu'alam. -Amir Hamzah Al-Asad