Amboi makin panas pula gosip yang melanda pasangan ‘hot’ Melayu DAP, Dyana – Zairil.
Di kala masing-masing menafikan ‘keintiman’ mereka kononnya tidak ada
sebarang hubungan, tiba-tiba keluar pula kenyataan seorang lelaki dikenali
sebagai Fairuz Azhan.
Difahamkan, Fairuz merupakan bekas teman lelaki Dyana Sofya.
Menurut status yang dimuat naik Fairuz Azhan di laman
Facebooknya, dia mendakwa kecuaian berlaku di pihak Zairil yang
kononnya ingin memuat naik gambar untuk tatapan peribadi tapi tersilap
menukar status kepada tontonan umum.
Katanya, adalah mustahil mengatakan akaun Zairil diceroboh (hacked) kurang dari lima minit.
Dan lebih menarik lagi, dia mempertikaikan kenapa hubungan antara Dyana dan Zairil sesuatu yang tidak logik.
Secara jelas Fairuz kemudiannya membayangkan bahawa hubungan antara
kedua mereka sudah lama diketahuinya tetapi didiamkan selama ini demi
menjaga aib.
Baru sekarang dia bersuara, selepas aib itu dibuka ‘sendiri’.
Sebenarnya, memang tak mustahil jika jika Dyana dan Zairul mempunyai
hubungan namun ia tidak wajar dari sudut moral memandangkan Zairul sudah
pun berkahwin.
Selain itu, jika benar mereka mempunyai hubungan itimewa sudah
tentulah sedikit sebanyak umum akan mengaitkannya dengan keputusan Dyana
masuk parti DAP yang terlebih dahulu disertai Zairul.
Apa pun baca sajalah komen bekas kekasih Dyana Sofya ini, kemudian
penilaiannya terpulanglah pada kebijaksanaan akal masing-masing. -Mynewshub.cc