Guan Eng Hanya Beri Khidmat Guaman Kepada Penduduk Siam Di Pulau Tikus?



Georgetown – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menyediakan khidmat peguam kepada penduduk Siam Pulau Tikus bagi membantu mereka menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kawasan perkampungan tersebut.

Guan Eng berkata, pihak kerajaan negeri sudah melantik Datuk Mureli Navarantnam mewakili 25 penduduk di kawasan tersebut serta sudah menyenarai beberapa nama lagi peguam bagi membantu penduduk di kampong berkenaan mendapat hak mereka.

“Kita tidak seharusnya berputus asa,”  katanya dipetik Bernama.

Dalam laporan sebelum ini, beberapa penduduk di Kampung Siam mahu kerajaan negeri tidak memberi sebarang kelulusan terhadap projek pembinaan hotel di kawasan perkampungan mereka.

Menurut wakil penduduk, Boon Leua Aroomratana, 56, berkata sebelum ini pihak pemaju sudah menghantar kepada 22 surat kepada pemilik rumah agar segera mengosongkan kawasan tersebut pada April lepas bagi menjalankan pembinaan hotel di kawasan tersebut.

Sementara itu, Guan Eng turut menafikan pihak kerajaan negeri sudah memberi kelulusan kepada pemaju di sana bagi menjalankan pembinaan hotel seperti didakwa oleh penduduk di kawasan itu.

Tindakan Guan Eng menyediakan khidmat guaman kepada penduduk dilihat sebagai satu helah bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kecaman oleh penduduk.

Sebagai seorang Ketua Menteri, Guan Eng mempunyai hak untuk menghentikan projek tersebut kerana Pulau Tikus merupakan kawasan dibanwah pentadbiran kerajaan negeri dan semua pembinaan tidak akan dapat dilakukan tanpa sebarang kelulusan oleh kerajaan di sana. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor