Seorang wanita Yazidi (salah satu etnik Kurdis) didakwa hamba seks
militan ISIS merayu agar rumah pelacuran tempat dia disimpan dibom,
lapor portal berita Daily Mail.
Wanita tersebut dikatakan memberitahu, dia telah dirogol 30 kali oleh ramai tentera hanya dalam masa beberapa jam.
Difahamkan, wanita yang dirahsiakan identitinya dan ditempatkan di
sebuah kediaman yang terletak di barat Iraq itu ditangkap oleh militan
ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sinjar, awal Ogos lalu.
Ketika tragedi tersebut terdapat wanita telah diculik, setengahnya
dijual manakala sebahagian lagi dikatakan menjadi hamba seks ISIS.
Menurut kumpulan aktivis Kurdis yang mengecam perjuangan ISIS, wanita
tersebut sempat menghubungi anggota mereka menggunakan telefon lalu
memohon supaya rumah pelacurannya dibom supaya deritanya dan wanita
tahanan di sana segera berakhir.
Antara pengakuannya adalah tidak tahan diperkosa hampir sepanjang
masa hingga tidak sempat ke tandas dan mengaku akan tetap membunuh diri
meski pun jika diselamatkan.
Kisah wanita ini tersebar selepas ia diceritakan seorang aktivis
Kurdis kepada BBC dalam satu temu bual berkaitan demonstrasi diadakan
kumpulan mereka di London.
Seorang lelaki dikenali sebagai Karam menyokong cerita ini dengan
mendakwa, kawannya adalah individu yang menjawab panggilan wanita Yazidi
tersebut.
Menggambarkan wanita malang tersebut bercakap di telefon sambil
menangis tersedu-sedu, antara bicaranya adalah: “Jika anda tahu di mana
saya berada tolonglah letupkan.. tak ada kehidupan lagi selepas ini. Apa
pun saya tetap mahu tamatkan nyawa ini – yang lain ada yang sudah bunuh
diri pagi tadi.
“Saya telah diperkosa 30 kali sejak pagi. Saya tak dapat pergi ke tandas sekali pun. Tolonglah bom tempat ini.”
Sekumpulan aktivis Kurdis termasuk Karam melakukan
demonstrasi di tengah Kota London untuk memperjuangkan nasib wanita di
Timur Tengah yang didakwa ditindas oleh pemerintah Islam di sana.
Antara cara demonstrasi dijalankan termasuk melakonkan bagaimana
wanita-wanita berhijab dirantai satu sama lain sementara lelaki
berserban menggunakan pembesar suara untuk melelong mereka bagi mendapat
bidaan tertinggi.
Dakwa kumpulan aktivis ini, mereka menggunakan maklumat disalur oleh sumber dalaman untuk menggambarkan kekejaman yang dilalui oleh wanita sana.
Adakah dakwaan ini benar seratus peratus atau telah ditokok tambah
sebagai agenda terancang untuk menghalalkan pengeboman Barat ke atas
bumi Arab?
Sama-sama kita fikirkan…