KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang
wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara
Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun setakat ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam aktiviti Jihad Al-Nikah.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jihad Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi
iaitu wanita dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan
seksual militan.
Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung
penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan
mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.
"Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau
pakatan yang terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara,"
tegas Ahmad Zahid. - Bernama