IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan permohonan maaf oleh penganjur program I Want To Touch A Dog, Syed Azmi Alhabshi kelmarin sebagai satu permainan semata-mata dan tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh.
Menurut beliau, wajah penganjur program itu tidak menunjukkan tanda kekesalan di atas perbuatannya sewaktu membuat permohonan maaf tempoh hari.
“Saya melihat itu (permohonan maaf oleh penganjur) hanya permainan. Wajahnya tidak menunjukkan kekesalan malah dia tersenyum, jadi ini satu permainan.
“Saya mendapat tahu selepas sidang akhbar ketika wartawan hendak tanya, dia lari tidak mahu menjawab soalan. Ini seperti melepaskan batuk di tangga dan inilah yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan penganjur program I Want To Touch A Dog. Syed Azmi yang akhirnya tampil meminta maaf kelmarin di atas perbuatannya menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.
Menurut Harussani, penganjur tidak perlu meminta maaf kepada masyarakat sebaliknya wajib bertaubat kerana melanggar hukum Allah.
“Kita tersinggung di atas perbuatannya sebab kita beragama Islam, tetapi Tuhan murka kerana dia melakukan penghinaan terhadap hukum Allah, jadi dia wajib bertaubat dan tidak akan melakukannya lagi,” katanya. -Utusan