Alor Setar - Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak
didiknya supaya tidak terbawa-bawa dengan kejayaan menyingkirkan
Kelantan pada saingan suku akhir Piala Malaysia, Jumaat lalu.
Ini kerana, skuad bergelar Lang Merah itu akan sekali lagi beraksi di Stadium Darul Aman melayan kunjungan Pahang pada peringkat separuh akhir pertama, 19 Oktober ini.
"Sokongan padu daripada penyokong Hijau Kuning cukup menakjubkan sehingga meningkatkan moral pemain Kedah. Tapi, untuk fasa seterusnya kami harus terlebih dahulu bermain di sini (Alor Setar).
"Banyak pengajaran kami dapat iaitu perlu mengekalkan momentum permainan pada setiap masa," katanya.
Menurut Cheng Hoe, tiada kelebihan sama ada perlu bermain di gelanggang sendiri mahupun tempat lawan sebaliknya tumpuan 100 peratus menjadi keutamaan seluruh pemain Kedah.
"Pada saya, sama sahaja bermain di mana-mana. Cuma, berkali-kali saya ingatkan pemain supaya memantapkan permainan pada dua perlawanan akan datang dan tidak hanya bermain cemerlang di laman sendiri," katanya.
Kedah menamatkan kemarau aksi separuh akhir sejak tujuh tahun lalu apabila memadamkan defisit dua gol menerusi kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kelantan di hadapan hampir 30,000 penyokong setia Hijau Kuning.
Aksi timbal balas akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Oktober depan. -Sinar Harian