Sekeping gambar yang memaparkan pelakon, Zul Ariffin memeluk seorang wanita seksi yang tidak diketahui identitinya di sebuah kelab malam kini tersebar luas di media sosial mencetus keresahan di kalangan gadis-gadis yang meminati aktor itu.
Ramai peminatnya dikatakan "makan hati" menatap gambar tersebut.
Gambar Zul dengan wanita misteri ini dikatakan telah dirakam ketika dia berada di Pulau Langkawi untuk sebuah sesi penggambaran, namun sehingga kini masih tidak dapat dikenal pasti identiti individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut.
Ada di kalangan peminat yang meneka susuk tubuh wanita tersebut tidak nampak seperti badan kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai.
Namun, kesahihan foto tersebut tidak diketahui kerana banyak andaian peminat fanatik aktor kacak bertubuh sasa itu yang mengatakan lelaki di dalam gambar tersebut bukan hero pujaan mereka.
Menariknya, ada pula peminat yang seolah-olah ingin "memujuk hati" dan mendakwa bahawa gambar itu merupakan hasil teknik "super-impose" kerana tidak kelihatan ke"sado"an pada tangan Zul Ariffin.
Sejak tercetusnya fenomena "Rindu Awak 200%", nama Zul Ariffin sering di perkatakan oleh peminat yang rata-ratanya wanita, kerana mereka cukup meminati watak Zill Faezrul dalam drama bersiri itu.
Yang pastinya, banyak persoalan yang timbul di kepala peminat pelakon kacak itu dan menunggu penjelasan hero mereka mengenai kontroversi hangat seperti ini.
Jikalau benar lelaki di dalam foto tersebut adalah Zul, diharapkan semoga dia lebih berhati-hati dan menjaga tingkah lakunya kerana orang popular seperti dia pasti akan ada mata yang memandang.
Apatah lagi perlu diberi keutamaan dari sudut hukum-hakam agama Islam yang mengharamkan sentuhan di antara lelaki dan wanita bukan muhrim, perlakuan peluk-memeluk di kalangan artis Malaysia beragama Islam perlu ditegah sama sekali.
Pada kami, mungkin golongan artis di Malaysia tidak dapat mengelak "dosa" adegan bersentuhan di dalam filem, drama, teater dan sebagainya, namun harapnya janganlah "dosa" seperti itu dibawa keluar ke alam realiti kehidupan mereka, kan? -Norhayati Shaharun/KedahNews.com