POKOK SENA - Seorang ibu tunggal dari Kampung Padang Hassan, Mukim
Lengkuas, dekat sini merayu pihak berkenaan supaya dapat menghulurkan
sumbangan kepada keluarganya bagi menyara tiga anak dan seorang cucunya
untuk meneruskan persekolahan.
Jah Chik, 51, berharap ada pihak dapat membantu keluarganya itu selepas gagal mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan.
Menurutnya, selepas suaminya, Azami Husin meninggal dunia kerana sakit buah pinggang, anak perempuannya, Roshidatul Husna, 24, terpaksa mengambil alih peranan bapanya bekerja bagi menyara keluarganya itu.
"Kami kini mengharapkan pendapatan anak sebanyak RM500 sebulan yang bekerja di kedai makan dekat sini. Bagi menambah pendapatan itu, saya juga terpaksa menjual tapai secara kecil-kecilan.
"Pernah waktu tak ada duit, saya sekeluarga hanya makan roti dan air kopi pada waktu malam kerana terpaksa ikat perut untuk perbelanjaan keesokan harinya," katanya.
Jah berkata, dia sangat memerlukan bantuan kewangan bagi keluarganya itu.
"Setiap hari saya akan pastikan anak dan cucu bawa duit untuk belanja di sekolah. "Pernah ada anak saya mahu menamatkan pelajarannya tapi saya tak benarkan sebab saya mahu dia berjaya dalam hidup.
Saya sanggup berhutang kepada sesiapa sahaja asalkan mereka dapat teruskan pelajaran," katanya. Katanya, dia juga berharap ada pihak dapat membantu membaiki rumahnya yang semakin reput dimakan anai-anai.
"Setiap kali angin ribut, kami tak berani nak duduk dalam rumah sebab struktur binaan semakin reput dan bergoyang.
"Pernah beberapa kali kami terpaksa keluar rumah pada waktu malam akibat ribut yang kuat," katanya.
Malah katanya, bumbung rumah yang didiami mereka juga bocor sehingga terpaksa berteduh di rumah saudara terdekat kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.
“Saya sudah berusaha untuk mendapat bantuan daripada pelbagai pihak tetapi gagal dan kini mengharapkan sumbangan orang ramai pula supaya dapat membantu meneruskan persekolahan anak dan cucu," katanya. -Sinar Harian