Iklan Tak Senonoh Punca Lebih 500 Kemalangan Berlaku!


Gara-gara gambar payudara besar yang digunakan untuk satu kempen iklan, lebih 500 kemalangan jalan raya berlaku hanya dalam satu hari.

Gambar tersebut yang diletakkan di bahagian tepi 30 trak yang beredar di bandar Moscow menunjukkan seorang wanita memegang payudaranya yang hanya ditutup di bahagian puting dengan satu garisan biru tertulis, “Ia menarik perhatian”.

Sebaik sahaja trak-trak bergambar payudara ini keluar ke destinasi masing-masing kes kemalangan disebabkan olehnya mula dilaporkan hingga akhirnya mencecah 517 kes hanya dalam masa sehari.
Rata-rata disebabkan pemandu hilang fokus sebaik sahaja terlihat gambar tersebut.

Disebabkan itu pasukan polis terpaksa mengerahkan skuad patrol mereka untuk menahan trak-trak terbabit daripada terus melalui jalan raya.

Seorang penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan, Iidar Yuriev,35, berkata, “Saya dalam perjalanan menghadiri mesyuarat perniagaan apabila sebuah trak dengan gambar payudara besar lalu.

“Sejurus kemudian saya dilanggar kereta belakang. Kata pemandunya dia hilang tumpuan selepas melihat gambar itu”.

Jurucakap Agensi Pengiklanan Sarafan yang mengatur promosi menggunakan payudara ini berkata:
“Kami merancang untuk membawa format baru pengiklanan kepada pasaran dengan menggalakkan syarikat mempromosi iklan di badan trak selain badan pengangkutan awam yang biasa dilakukan.
“Memang niat kami untuk meraih perhatian awam menerusi kempen ini jadi kami akan bayar sagu hati kepada setiap mangsa kemalangan disebabkan olehnya jika mereka tidak dilindungi insuran.”
Gila.. dibuatnya ada yang terbunuh gara-gara gambar payudara ni tempoh hari berapa agaknya mereka sanggup bayar? -Mynewshub.cc