Banyak pondok lama juga sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi kerana
kurang pelajar atau dana. Sudah tidak banyak pondok di Kedah yang mana
pengasas atau tok gurunya berumur lebih 70 tahun. Usia guru di
kebanyakan pondok di Kedah adalah antara 40-50 tahun.
Ini konsisten dengan hakikat kebanyakan pondok yang masih wujud di Kedah adalah yang dibuka sekitar 20-30 tahun lalu. Ini adalah sebahagian daripada penemuan kajian yang dijalankan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Kajian lapangan menggunakan soal selidik dan secara temu ramah selama tiga bulan di sembilan daerah, Kedah oleh sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia yang diketuai Prof Madya Dr Shukri Ahmad.
Turut terbabit ialah Prof Dr Najib Ahmad Marzuki, Prof Dr Che Su Mustafa, Prof Madya Dr Rohani Ab Ghani, Mohd Nizho Ab Rahman dan Mohd Khadafi Rofie. Kajian ini mendapati institusi pondok di Kedah berdepan cabaran besar untuk terus wujud dan menjadi pilihan masyarakat ekoran masalah infrastruktur dan pengurusan yang lemah.
Majoriti 48 pondok dan sekolah tahfiz yang dikaji serba kekurangan dari segi kemudahan asas (bangunan dan sistem pendawaian elektrik yang usang, kurang kelengkapan asrama dan peralatan) dan tiada ICT. Walaupun ada pondok yang menerima bantuan kerajaan dan swasta, umumnya masih dalam keadaan daif.

Kebanyakan guru yang mengajar di pondok adalah lulusan pondok juga.
Segelintir sahaja yang berkelulusan ijazah atau belajar di Makkah.
Sebahagian besar pelajar pondok meneruskan pelajaran di pondok dalam
negara, tapi ada juga yang ke Yaman, Mesir, Indonesia dan Thailand.
Wang saraan guru pondok daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan orang ramai, zakat, sedekah dan upah solat jenazah, namun majoriti kurang RM1,000 sebulan. Beberapa guru pondok sahaja didapati memperoleh lebih RM2,000 atau RM3,000 sebulan.
Menurut kajian ini: “Institusi pondok berdepan dengan dilema, iaitu memenuhi tuntutan dalam memberikan ilmu agama kepada masyarakat setempat, namun berdepan dengan infrastruktur sekolah yang serba kekurangan. Berdepan dengan kekurangan yang dihadapi mereka, institusi pondok tidak mampu menghadapi tuntutan perubahan ilmu pengetahuan semasa yang begitu cepat berubah.
“Sehubungan dengan itu, dikhuatiri mutu pembelajaran yang dibekalkan kepada pelajar pondok tidak mencukupi dan akhirnya membentuk permasalahan baru kepada mereka di masa hadapan. Selain daripada itu, masalah yang terdapat di pondok turut mempengaruhi persepsi ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar di sana. Keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan institusi pondok terkubur dalam tempoh masa terdekat. Apatah lagi pelajar pondok ini tidak mempunyai peluang melanjutkan pelajaran di peringkat IPT meskipun para pelajarnya cemerlang.”
YPPM memandang serius hasil kajian dan pemerhatian ini. Selain Kelantan, Kedah adalah negeri yang paling banyak ada pondok dengan sejarah tersendiri. Waktu merdeka, terdapat 150 pondok di Malaysia, yang mana 60 adalah di Kedah.

Negeri Darul Aman melahirkan puluhan ulama dan tokoh pondok hebat
seperti Tok Guru Wan Muhammad Idris bin Jamal atau Sheikh Jarum Derga
(1849-1911), Hussain bin Muhammad Nasir atau Tuan Hussain Kedah
(1863-1936) dan ramai lagi.
Berpuluh-puluh pondok muncul di Kedah hasil jaringan ulama pondok dengan tokoh-tokoh hebat di Patani seperti Sheikh Daud al-Fatoni (1769-1847), Sheikh Nur al-Fatoni (1829-1908), Shaikh Zainal Abidin al-Fatoni (1820-1913) dan Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni (1856-1908).
Beberapa cadangan awal telah dikemukakan oleh pasukan pengkaji untuk memperbaiki keadaan. Ini termasuk membantu pengurusan pondok serta pembangunan infrastruktur dan ICT, menubuhkan koperasi wakaf pondok untuk meneruskan kemandirian institusi ini, dan menubuhkan model pondok moden untuk mengintegrasikan pendidikan dunia dan ukhrawi.
Pasukan pengkaji juga menekankan tumpuan kepada pelajar lepasan pondok yang berpotensi berjaya sebagai aset dan agen transformasi kepada rakyat, selain memberi pengiktirafan sewajar terhadap peranan dan sumbangan pondok.
Ini adalah saranan yang baik, justeru akan diperincikan secara serius dan mendalam oleh pihak YPPM dengan semua pihak berkepentingan terbabit termasuk Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Agama dan Pejabat Mufti serta Kementerian Pelajaran dan beberapa universiti dalam usaha meningkatkan martabat institusi pondok di Kedah dan memastikan kelangsungannya. -Sinar Harian