Impian Yusof Haslam Termakbul


Impian Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam untuk berganding bersama anaknya, Shamsul Yusof bakal menjadi kenyataan apabila mereka akan menjayakan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas.

Yusof berkata, dia berasa sangat teruja apabila Syamsul bersetuju menerima tawaranya berlakon di dalam drama tersebut yang bakal bersiaran di RTM 2 dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, dia dan Syamsul akan bergandingan buat kali pertama dalam drama tersebut dan ini merupakan impiannya yang sudah di makbulkan Allah SWT.

"Alhamdulillah saya individu paling teruja dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama kami sebagai pelakon.

"Saya sudah lama minta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukannya sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sentiasa terbantut," katanya dipetik Mstar.

Jelas Yusof yang merupakan pengarah drama itu, Syamsul akan menjayakan watak sebagai Superitenden Polis dalam drama tersebut dan akan muncul pada episod ketujuh Gerak Khas musim terbaru.

Menurut Yusof lagi, Syamsul telah meberi komitment yang sangat tinggi bagi menjayakan drama tersebut dan dia juga bertindak sebagai seorang pengarah dalam beberapa episod drama itu.

"Kemunculan Syamsul bukan untuk satu episod sahaja tetapi wataknya bermula pada episod tujuh dan kerjasama pertama kami sebagai pelakon cukup menyeronokkan kerana dia juga turut memberi idea bagi membolehkan drama itu tampil segar untuk musim terbaharu.

"Gerak Khas sangat berharga kepada Skop Production dan saya sebagai penerbit ingin melihat drama ini berterusan untuk jangka masa panjang," ujar pengarah berusia 60 tahun itu lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor