Ini Jadinya Bila Ramai "Pakar" Dalam Media Sosial...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa di zaman "dunia tanpa sempadan" kini, terdapat ramai "ulama", "cendikiawan Islam", "Syeikh" dan "ustaz" yang berkonsepkan "segera".

Pantang silap sedikit, pastinya dikomen bertalu-talu di laman-laman komunikasi sosial Facebook, Twitter, Whatsapps dan sebagainya, seolah-olah merekalah yang paling tahu, warak, alim serta tinggi ilmu agamanya.

Ada "pakar" ekonomi, ada "pakar" politik. Ada "pakar" kaunseling, ada "pakar" agama. Ada "pakar" perubatan, ada pula "pakar" hiburan. Macam-macam "pakar" ada...

Lain yang ditulis, lain pula yang dibebelkan. Ada juga yang hanya baca tajuk, terus buat kesimpulan mengikut persepsi sendiri. Dari situlah timbulnya salah faham yang mungkin "terbabas" ke arah fitnah dan dosa.

Kadang-kadang, mereka tidak faham pun apa yang cuba disampaikan, namun mungkin berdasarkan "ketinggian ilmu" mereka, teruk kita diseranah "tak cukup tanah", diceramahnya kita berjela-jela!

Islam menganjurkan kita supaya meneliti dan mengkaji terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum memberi komen. Jika tidak tahu, sewajarnya kita dia sahaja. 

Jika kita menerima sesuatu berita, tidak wajar untuk kita membuat andaian tanpa usul periksa berdasarkan fakta dan pastikan ia adalah benar kerana dikhuatiri akan menyebabkan fitnah yang secara tidak langsung merosakkan perhubungan sesama insan.

Memetik komik yang disiarkan di TheMuslimShow, terdapat satu pengajaran yang menarik untuk direnungi bersama.

the-muslim-show

Apa kata anda? Anda setuju? Wallahu'alam. -KedahNews.com