KUALA LUMPUR - Orang paling penting yang menjadi sasaran serangan bom
tangan di Bukit Bintang telah mengetuai satu kumpulan kongsi gelap
selama lebih dari dua dekad.
Dikenali sebagai 'Ah Hai', lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai dari Geng 21 telah menjalankan perniagaan haram di sini, termasuk perjudian.
"Dia agak terkenal. Dia mempunyai rekod polis, termasuk bagi kesalahan dadah. Dia telah disasarkan kerana perebutan kawasan yang berterusan dengan kumpulan pesaing," menurut sumber, Jumaat.
Pada Khamis, kira-kira pukul 4.25 pagi, berlaku letupan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang, membunuh seorang joki kereta.

Difahamkan Ah Hai berada di kelab itu, tetapi tidak cedera apabila
sebutir bom tangan kedua yang dibuang dari tingkat dua bangunan itu
gagal meletup.
Polis percaya bahawa serangan bom itu dikaitkan dengan kegiatan samseng di kawasan itu.
Sumber percaya bahawa Ah Hai cuba untuk menjalankan operasi secara sah dengan menjalankan perniagaan seperti pembangunan hartanah dan import makanan.
"Beberapa tahun lalu, dia berhenti menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang menyalahi undang-undang dan mungkin telah menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan saingan kerana dia menceroboh ke dalam wilayah mereka apabila mengembangkan perniagaannya," kata sumber.
Sumber lain menyamakan Ah Hai dengan filem fiksyen Michael Corleone, Godfather.
"Dia cuba untuk membersihkan perbuatannya tetapi perbuatan silam datang menghantuinya," katanya.
Dalang yang melemparkan bom tangan masih bersembunyi, tetapi polis berkata yakin dia dapat ditangkap.
Sementara itu, ahli keluarga joki kereta Tiong Kwang Yie, 36, enggan ditemubual ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, Jumaat.
Difahamkan isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun terbang dari Sibu untuk menuntut mayatnya.
Jurucakap HKL berkata, empat mangsa letupan, tiga warga China dan seorang warga Malaysia masih dirawat di hospital. -mStar