Buat golongan feminis dan individu berfikiran liberal yang cuba
membela hak-hak wanita kerana kononnya tidak diamalkan dalam ajaran
Islam, mereka harus baca ini!
Rmai yang masih belum sedar, Islam bukanlah satu agama yang menindas
kaum hawa, malah mengangkat darjat golongan tersebut setinggi-tingginya.
Namun mungkin kerana kecetekan ilmu, sementelah disogok oleh anasir
jahat dengan propaganda negatif mengakibatkan persepsi sesetengah wanita
telah lari dari akidah sebenar seorang Islam.
Antara yang sering kita dengar, golongan hawa mempertikaikan tentang
aurat yang perlu ditutup, kewajipan mereka untuk mendahului suami, dan
banyak lagi.
Jadi, sebelum ada yang terus-terusan menghentam hukum-hakam Islam, Istighfar sebentar dan baca penjelasan di bawah.
Islam mewajibkan golongan wanita untuk menutup aurat lebih dari
lelaki kerana aurat wanita diibaratkan seperti permata yang sangat
bernilai dan patut disembunyikan untuk tatapan semua.
Analoginya mudah, gula-gula yang berbalut sudah tentulah bersih dari
sebarang kekotoran, manakala gula-gula yang tidak berbalut sudah
tentulah dihurung semut dan terdedah dengan pencemaran. Mana satu yang
akan menjadi pilihan?
Kedua, ramai yang mempertikaikan musabab isteri perlu taat kepada
suami dan menurut perintah si suami. Sedarkah mereka, tanggungjawab
lelaki itu lebih besar kerana taatnya kepada ibu adalah 3 kali lebih
dari bapanya.
Buat wanita yang sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap kedua orang
tuanya telah gugur. Malah si suami juga akan berkongsi dosa si isteri
andai dia gagal mendidik isterinya mengikut ajaran Islam!
Ada juga yang mempertikaikan hukum alam kenapa wanita perlu
melahirkan anak dan bukan lelaki sedangkan lelaki dikurniakan kekuatan
melebihi wanita.
Ya, memang betul, tetapi perlu diketahui, andai seorang wanita
meninggal dunia ketika melahirkan anak, di sisi Allah SWT dia telah mati
syahid dan dijanjikan ganjaran syurga.
Malah setiap kali melahirkan anak, sekalian makhluk termasuk malaikat mendoakan mereka!
Sedarkah wahai para wanita, di akhirat nanti, para lelaki perlu
bertanggungjawab ke atas 4 individu lain selain dari dirinya, iaitu
ketaatan kepada ibunya dan tanggungjawab terhadap isteri, adik perempuan
dan anak perempuan.
Untuk wanita pula, mereka akan dibantu oleh empat lelaki terbabit; bapa, suami, adik lelaki dan anak lelaki. Beruntung bukan?
Untuk golongan Adam, mereka juga dituntut untuk jihad fisabilillah iaitu berjihad di jalan Allah, namun tidak bagi wanita.
Hanya dengan taat pada perintah suami dan menjalankan kewajipannya
sebagai seorang Islam, pahala yang dikurniakan ke atas mereka setara
dengan jihad fisabilillah tanpa perlu mengusung senjata.
Maka nampakkah golongan wanita, Islam tidak pernah sesekali
mengurangkan hak ke atas mereka. Islam itu indah dan tidak sesekali
berlaku tidak adil ke atas umatnya.
Buat golongan feminis, tidak salah untuk menuntut sesetengah hak ke
atas wanita, namun sedarlah bawa hukum Allah itu tidak harus dilanggar
dan dipertikaikan.
Semoga masing-masing istiqamah selepas ini. -Mynewshub.cc