Jangan Lupa Saksikan Kebesaran Kuasa Allah Esok!


Rakyat di Malaysia khususnya bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah atau dikenali sebagai ” Blood Moon” pada 8 Oktober 2014 (Rabu) bermula dari 5.14 petang hingga 8.34 malam. 

Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. 

Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi.

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014 Malaysia 
Tarikh: Rabu 8 Oktober 2014
Waktu Cerapan: 5.14 pm hingga 8.34 pm
Lokasi: Kawasan lapang
Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar. 

Kali terakhir fenomena Blood Moon ini berlaku adalah pada 15 April 2014. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com