Minggu ini negara dikhabarkan dengan dua berita yang benar-benar menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Berita pertama menggembirakan kita semua apabila Malaysia mewakili negara Islam dan Asia terpilih menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun di sebalik kegembiraan meraikan berita besar ini, rakyat hakikatnya masih tergamam dengan berita penangkapan 14 orang yang dikaitkan dengan gerakan militan yang kononnya mahu turut berjihad bersama gerakan yang menggunakan label ‘Negara Islam’(IS) di Syria dan Iraq.
Lebih mendukacitakan apabila rata-rata yang ditangkap adalah mereka yang berumur muda dalam lingkungan 12 hingga 48 tahun termasuk dua wanita. Mengikut laporan polis salah seorang daripada penggerak utama kumpulan terbabut merupakan seorang jurutera yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan sebagai Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Penggerak utama kumpulan ini jugalah yang berperanan penting memotivasi, merekrut, membiayai serta mengatur perjalanan rakyat Malaysia untuk pergi ke negara bergolak terbabit atas nama jihad. Malah ada bapa yang bersedia menghantar anak-anaknya untuk turut berjuang atas nama ‘jihad’.
Mereka ini hanyalah sebahagian yang telah berjaya ditahan pihak berkuasa setelah berita awal mengkhabarkan beberapa rakyat Malaysia yang terkorban dalam pertempuran di Syria.
Sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam secara khususnya, kita tentunya berasa sedih dan kecewa dengan kegiatan militan dan keganasan yang dikaitkan dengan nama Islam dewasa kini.
Perbuatan membunuh dan memenggal kepala oleh kelompok yang menamakan diri mereka sebagai pejuang Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq ketika ini sememangnya amat menjengkelkan.
Apatah lagi perbuatan tidak bertamadun ini dilakukan atas nama dan label Islam yang kononnya berpandukan Syariat yang benar. Tidak cukup dengan itu mereka ini berterusan melakukan keganasan dan mencetuskan kemudaratan kepada mereka yang tidak berdosa demi satu matlamat untuk mewujudkan daulah Islamiah atas negara Islam.
Persoalannya apakah benar perjuangan IS di Syria dan Iraq yang melibatkan pertempuran sesama Islam ketika ini dianggap suatu bentuk jihad yang suci? Apakah benar Islam membenarkan perbuatan berbentuk keganasan dan kemudaratan demi mencapai matlamat yang murni?
Apa yang pasti jihad bukannya suatu bentuk perjuangan yang menghalalkan darah sesama umat Islam. Jihad juga tidak sesekali merelakan perbuatan dan perlakuan keji yang jelas menyimpang daripada prinsip Islam. Sebaliknya, Islam merupakan agama yang sentiasa menganjurkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan, jauh daripada perbuatan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk keganasan mahupun kemudaratan.
Ulama berselisih pendapat mengenai makna ‘dhoror’ dan ‘dhiror’ yang secara umum membawa maksud kemudaratan. Pendapat yang paling masyhur dan terkuat mengatakan bahawa makna kedua-duanya adalah berbeza. Makna ‘dhoror’ ialah menyakiti atau menimbulkan kemudaratan kepada orang yang tidak pernah menyakitinya. Manakala makna ‘dhiror’ pula ialah menyakiti atau melakukan kemudaratan kepada orang yang menyakitinya secara tidak benar.
Sehubungan dengan ini juga ada keperluannya pihak berkuasa mengambil pendekatan lebih tegas menghalang sesiapa sahaja yang berhasrat untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mencetuskan kemudaratan yang lebih besar.
Sememangnya keterlibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti yang dianggap mereka sebagai ‘jihad’ di luar negara ketika ini perlu segera dibendung. Kesalahfahaman tentang konsep jihad hingga membawa kepada perlakuan yang salah juga perlu segera dijernihkan.
Akibat kedangkalan dan kecelaruan terhadap makna jihad inilah yang menuntut segelintir umat kepada perbuatan yang hakikatnya menyanggahi dan menyalahi aturan Syariat yang benar dan sahih.
Ini termasuklah dakwaan wujud konsep jihad baru dalam Islam iaitu ‘jihad al-nikah’ atau jihad seksual yang menghalalkan anak-anak gadis mahupun wanita janda untuk dikerahkan ke medan pertempuran bagi memuaskan nafsu seksual militan IS yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam.
Umat Islam juga perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai konsep jihad dan benar-benar menghayati fikah keutamaan. Fikah keutamaan atau fiqh awlawiyyat adalah salah satu disiplin ilmu penting bagi setiap umat Islam agar difahami yang mana perlu diutamakan dan yang mana dikemudiankan.
Dalam konteks jihad mahupun perjuangan memartabatkan Islam, masih banyak keutamaan lain yang lebih besar perlu dilangsaikan di dalam negara terutamanya dalam membangunkan modal insan dengan pendidikan yang tuntas mengenai Islam yang sejati.
Yang paling penting apa jua tindakan dan pendekatan tidak sesekali merosakkan imej Islam sebagai agama pembawa rahmat kepada seluruh alam.
Kesimpulannya Islam sebagai agama yang menganjurkan keamanan dan kesejahteraan tidak sesekali menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Apatah lagi sekiranya pendekatan yang diambil hanya menjurus kepada tercetusnya kemudaratan yang lebih besar.
Mungkin ada baiknya juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dapat mengeluarkan fatwa khusus tentang kecenderungan rakyat negara ini melibatkan diri dalam gerakan militan IS bagi menjernihkan pemahaman umat akan makna jihad yang sebenar. -Utusan