Seperti dilaporkan sebelum ini, selebriti sensasi Julia Perez nekad
mendapatkan anak melalui proses tabung uji dan tanpa pernikahan walaupun
cadangannya itu ditentang keras Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Akibat tekanan daripada pelbagai pihak, Julia atau lebih mesra
dipanggil Jupe mengamuk dan mengecam pihak yang mengkritiknya di
Twitter.
Apa yang mengharukan, Jupe mengeluarkan kata-kata agak kasar
menghentam kaum lelaki yang mengutuknya termasuk mempersoalkan
mereka yang ‘membuang begitu sahaja’ sperma sendiri saban malam.
“Jgn sombong lo para
laki.. Sok2an hujat gw maslah donor sperma .. Lo donor ke tembok sama
tangan lo gratis tiap malam gw kaga hujat!!
“Bangke ko ngatain
sperma gw haram!! Beda lo sama gw.. Gw jujur.. Minta di donor dari pd
dibuang2. Nah ente buang2 ke tisu sama tembok yett,” tulisnya lagi.
“Tiba2 semua sok suci!!!
Kalo mau terlihat lebih baik bukan karena aib orang kau jatuhkan.. Tapi
emang kau tulus baik dimata tuhan!!!
“Pake ngatain anak gw
haram!! Apa urusan nya!! Anak gw anak yg berbakti buat orang tua. Dan
itu lebih dari cukup Masalh dosa bukan lo yg atur”
Begitulah jawapan-jawapannya menumpahkan amarahnya.
Mengulas isu bayi tabung uji itu, Jupe
berkata, ada pihak menasihatinya supaya nikah segera untuk mendapat
zuriat tetapi ada juga berpendapat aspek kesihatan yang perlu diutamakan
ketika ini.
“Apa yang penting, tolong doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Jupe baru saja kembali dari Singapura tetapi tiada kepastian mengapa dia ke sana.
Sumber berkata, Jupe ke Singapura untuk menjalankan terapi penyakit yang dideritainya.
Namun isu bayi tabung uji dibangkitkan memandangkan sebelum ini Jupa
pernah berkata, dia bercadang melakukan proses persenyawaan dalam makmal
itu di sebuah hospital di Pulau Pinang kerana kosnya lebih murah
berbanding Singapura.
Sementara itu ibu Jupe, Sri Wulansih berkata dia tidak percaya selebriti itu ingin mendapatkan bayi melalui tabung uji.
“Dia tidak cerita apa-apa kepada saya, justeru berita mengenainya menyebabkan saya terkejut,” katanya.
Sumber: - Mynewshub.cc