KedahNews.com ingin
berkongsi sekeping gambar yang menjadi viral dikalangan pengguna laman sosial
ketika ini.
Gambar yang diperolehi menerusi
laman sosial di atas menunjukkan kakitangan kerajaan yang didakwa merupakan seorang jururawat di sebuah
hospital kerajaan sedang melayari laman Facebook (FB).
Apa yang menarik untuk
diperkata ialah tindakan jururawat berkenaan yang masih sempat membuka laman
sosialnya ketika menjalan tugas di hospital berkenaan.
Daripada sumber yang diperolehi,
gambar itu diambil ketika jururawat berkenaan sedang bertugas sehingga
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang kakitangan kerajaan apabila tidak
menyedari seorang pesakit berada dihadapannya bagi melakukan pendaftaran.
Tindakan tersebut jelas
menunjukkan sikap jururawat berkenaan mengunakan menyalahgunakan kemudahan
internet yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Jangan cepat melenting dan jangan cakap kita tidak pernah melakukan perkara yang sama. Jika tidak pernah melayari Facebook ketika bekerja pun, mungkin kita pernah melakukan kesilapan seumpama jururawat tersebut, bukan? Kita hanya manusia biasa...
Jangan cepat melenting dan jangan cakap kita tidak pernah melakukan perkara yang sama. Jika tidak pernah melayari Facebook ketika bekerja pun, mungkin kita pernah melakukan kesilapan seumpama jururawat tersebut, bukan? Kita hanya manusia biasa...
Cuma, sebagai seorang kakitangan awam,
seharusnya perkara sebegini perlu dielakkan kerana kesan buruk terhadap
tindakan sesetengah mereka menyebabkan seluruh kakitangan awam dilabel sebagai
pekerja yang ‘makan gaji buta’ oleh pihak lain.
Harus di ingat semua kakitangan
kerajaan diberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan sehingga terhadap
segelintir pihak yang berkhidmat untuk sektor swasta merasakan iri hati dengan
kelebihan tersebut.
Kebanyakan pekerja swasta
merungut mengenai keistimewaan yang diberikan kepada mereka sedangkan dalam
terdapat satu kajian menunjukkan kebanyakkan pekerja kerajaan banyak
menghabiskan masa mereka melakukan pelbagai aktiviti tidak berkaitan semasa
sedang bekerja setiap hari. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor