Kami Tetap Bersama Skuad #LangMerah..!!! #Hijaukuning #PulunKedahPulun @MEDIAKFA

Tidak dinafikan bahawa kegagalan pasukan bola sepak Kedah untuk mara ke peringkat final Piala Malaysia dan bolos 5 gol tanpa sebarang jaringan balas di Kuantan, Pahang, agak mengecewakan bagi para peminat skuad Hijau Kuning itu.

Tidak kesal dengan persembahan atau menyalahkan mana-mana pihak atas kekecewaan itu, rata-rata penyokong skuad Lang Merah itu tetap berfikiran positif dan tetap memberi sokongan tidak berbelah bagi bagi pasukan kebanggaan Jelapang Padi tersebut.

Memetik beberapa komen dari laman fanpage sosial Facebook paling "glamour" penyokong pasukan bola sepak Kedah, Hijaukuning.com, mereka masih bersemangat jitu, malah sedia memberikan beberapa cadangan penambahbaikan buat pasuka tersebut pada masa akan datang.

"HijauKuning Selamanya! Kedah tetap dihati!

"Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman", kata admin laman fanpage itu baru-baru ini.

Selain itu, salah seorang peminat pasukan Hijau Kuning itu turut memberikan beberapa cadangan awal kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) di fanpage berkenaan.
"Pandangan salah seorang Rakan HKC (Hijaukuning.com) tentang prestasi pasukan Kedah tahun ini. John Zehn Li...

4 revolusi buat Persatuan Bola Sepak Kedah - KFA -
i) Ambik pemain import yg bagus.
ii) Bawak masuk pemain tempatan berkualiti.
iii) Kekalkan pemain sekarang yg perform.
iv) Lahirkan lagi pemain muda berpotensi."
Lebih menarik, para peminat tegar skuad Lang Merah itu turut berpandangan jauh, mula mencongak agenda pasukan kesayangan mereka itu supaya "lantas bangun semula gagah" untuk mengintai slot ke Liga Super bagi musim hadapan.
 
"Rasanya Persatuan Bola Sepak Kedah - KFA - sudah boleh mencongak dan mempersiapkan pasukan KEDAH bagi menghadapi saingan Liga Premier 2015 dan seterusnya layak ke Liga Super 2016 jika tidak mahu sejarah 'BARU' tercipta. Thanks in advance. Awai tak kalut.

"Sebelum itu, tahniah buat MEDIA KFA di atas saluran maklumat-maklumat berkaitan pasukan KEDAH terutamanya yang cukup efisien, berkesan dan berinformasi. Ayuh, teruskan! Kudos.

"The Mission to Super League 2016 Has Just Begun", kata mereka yang dipetik dari sumber yang sama.

KedahNews.com mengucapkan syabas kepada para peminat skuad bola sepak Kedah, khususnya Hijaukuning.com, serta seluruh pemain dan mereka yang terlibat dalam KFA dalam memastikan skuad Lang Merah terus mengharumkan nama Kedah di arena bola sepak negara.

Pulun Kedah Pulun! KedahNews.com tetap bersama hingga ke akhirnya..! -KedahNews.com