Kesal PAS Gagal Pikat 3 Gadis Islam Sertai DAP

PAS perlu merasa malu kerana gagal menarik tiga gadis muda untuk menyertai parti Islam itu, sebaliknya lebih memilih sebuah parti yang dikatakan menolak perjuangan Islam, DAP, sebagai perjuangan politik mereka.

Sebuah blog, The Duke's, meluahkan rasa kesalnya ekoran tiga gadis berkenaan gagal dipikat PAS sedangkan mereka dikenal pasti beragama Islam dan berbangsa Melayu.

"Saya tak tau la apa yang dah "digula-gulakan" budak-budak pompuan ni sampai jadi "buta". Tapi terus terang saya katakan, kalau saya ni Muslimat PAS, maka saya akan rasa malu yang amat sangat...

"Sebab? Sebab saya gagal tarik depa bertiga ni masuk PAS la.. common sense.. tiga muslimah lebih rela masuk sebuah parti yang tolak hudud berbanding parti yang perjuang Islam... dah tentu la Muslimat PAS rasa terhina, kan? 

"Apa buruk benar ke PAS sampai depa takmau masuk dan pilih DAP?" kata penulis blog tersebut.

Katanya, ketiga-tiga gadis yang menolak PAS dan lebih memilih DAP itu mempunyai corak pemikiran dan pegangan yang berbeza meskipun beragama Islam kerana tergamak menyertai parti yang menentang identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam mutlak.

"3 dara, tiga fikrah berbeza, dan 3 fahaman agama berbeza walau menganut agama yang sama. Sorang berniqab, sorang bertudung dan sorang lagi "free hair". Lagu mana tu?" persoalnya lagi.
 
Meskipun penulis blog berkenaan dipercayai berjuang bersama UMNO, namun penulisnya tidak kisah sekiranya tiga gadis tersebut memilih PAS berbanding DAP demi survival dan masa depan Islam yang semakin dicabar parti yang terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasu itu.
 
"Saya sarankan supaya Dyana, Rara dan Melati fikir betul-betul. Tak perlu masuk UMNO. Masuk PAS pun tak pa... asalkan jangan DAP atau PKR. Dua-dua parti tu lebih kurang je macam adik abang. Satu tolak perjuangan Islam di Malaysia, satu lagi dok gila nak jadi PM..." tegasnya.

Tiga gadis berkenaan sebelum ini bersama pemimpin DAP, Gobind Singh Deo, yang juga merupakan anak mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh, tampil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat satu laporan mendakwa mereka dihina penulis sebuah portal.

Mykmu.net dan penulis artikelnya menyiarkan sebuah pandangan melalui artikel bertajuk "Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP" menyindir Melati yang menyertai DAP baru-baru ini.

Artikel bertajuk nasihat pedas itu menimbulkan kemarahan ketiga-tiga gadis berkenaan meskipun tiada sebarang tuduhan yang menunjukkan penulisnya menuduh Melati sebagai pelacur di dalam penulisannya. -KedahNews.com