ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kolej universiti milik
kerajaan negeri Kedah, menyasarkan untuk mencapai taraf universiti penuh
pada 2016.
Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, Kuin kini sebenarnya sudah hampir sempurna untuk mencapai status tersebut berdasarkan kemudahan yang ada selain pensyarah yang berkelayakan dan program yang ditawarkan juga lengkap.
Katanya sebagai perancangan ke arah itu, operasi Kuin dan kebanyakan pelajar akan berpindah dari kampus sementara di Mergong di sini ke kampus tetap di Kuala Ketil, Baling pada Disember depan memandangkan semua kemudahan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
"Dari segi operasi kita pindah secara berperingkat. Yang tinggal hanya Kuliyyah Perubatan, Kaunseling dan Kejururawatan yang akan kekal di kampus Mergong, kerana lesennya di situ. Yang lain akan ke sana (Kuala Ketil)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis "Dialog Mengenai Dimensi Masa Depan Kewangan dan Perbankan Islam (IBF) di Malaysia" di sini, hari ini.
Katanya ketika ini semua urusan perpindahan berjalan lancar dengan keutamaan kepada pelajar baharu.
"Staf terima (hakikat) kita ada bangunan tetap di sana. Nak jadi universiti penuh syaratnya kena ada kampus (tetap). Ia juga memberi peluang untuk mengambil lebih ramai pelajar dengan adanya kampus sebenar.
"Kedudukan di sana juga agak strategik untuk menampung Perak dan Pulau Pinang. Pelajar dari sebarang laut juga suka duduk di Kuala Ketil kerana ia lengkap dengan pelbagai kemudahan dan suasananya sesuai untuk pembelajaran. Ini peluang untuk tambah pelajar. Kuin boleh dijadikan universiti dan dinaik taraf apabila dah fokus di sana (Kuala Ketil)," katanya.
Katanya kehadiran Kuin di Kuala Ketil juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan itu seperti mana yang pernah berlaku di kawasan-kawasan lain yang dibina universiti.
"Kita perlu mendekatkan diri dengan masyarakat. Universiti boleh menjadi pemangkin serantau kepada pembangunan sesuatu kawasan. Baling yang dulu dikatakan daerah paling miskin boleh dibantu tingkatkan pembangunan. Dengan adanya universiti, pembangunan kawasan ekonomi tumbuh dengan baik..bagi Kuin ia akan membantu bangunkan Kedah selatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Yusuf berkata, Kuin berhasrat mewujudkan kursi profesor dalam bidang IBF bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan lagi bidang yang semakin berkembang di peringkat global itu.
"Kita akan cari dan nak wujudkan kursi profesor ni. Kita akan bincang dengan beberapa bank di Malaysia (yang terlibat dengan IBF) untuk sediakan dana.
Kita nak tambah pelajar dalam bidang ni. Bagi Kuliyyah Muamalat kursus ini paling popular. Pensyarah pun banyak kita ambil daripada industri...orang yang berpengalaman dalam industri mengajar, gabungkan teori dan praktikal. Ini lebih menarik," katanya. - Bernama