Inas Shawkat Khalil meninggal dunia selepas beberapa jam koma.. Al-Fatihah |
RAMALLAH - Seorang kanak-kanak maut manakala rakannya cedera
parah selepas dirempuh pelampau Yahudi di laluan utama berhampiran
bandar Sinjil di Tebing Barat.
Menurut saksi, Toleen Omar Asfour dan Inas Shawkat Khalil masing-masing berumur lima tahun dalam perjalanan pulang dari tadika ketika insiden tragis itu berlaku.
Sementara itu, Pengarah Kompleks Perubatan Ramallah, Ahmed Bitawi memaklumkan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan koma ketika dihantar ke hospital.
"Toleen kini berada dalam keadaan stabil, namun Inas meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya," katanya.
Israel masih berdiam diri mengenai kejadian itu.
Menurut laporan Middle East Monitor, minggu lalu, Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah menyelar Tel Aviv kerana gagal mengenakan tindakan tegas terhadap pelampau Yahudi yang melakukan vandalisme ke atas harta benda penduduk Palestin. -Agensi