Kurang Ajar: Yahudi Israel Laknatullah Bakar Masjid


AQRABA  - Sehari selepas Masjid al-Aqsa dicemari dengan pertempuran antara tentera Israel dan penduduk Palestin, hari ini sebuah masjid lain dibakar di sini dalam satu serangan oleh penduduk Yahudi yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Price Tag'.

Penduduk Palestin berhampiran berkata, mereka melihat kepulan asap di masjid di Kampung Aqraba, timur Nablus sebelum Subuh dan bergegas memadamkan kebakaran berkenaan.

Kebakaran itu menyebabkan permaidani rosak dan dinding masjid berjelaga.

"Jika kami tidak memadamkan api, kemungkinan keseluruhan masjid akan terbakar," kata seorang penduduk kampung itu, Maher Fares.

Seorang pegawai Palestin, Ghassan Daghlas berkata, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di kawasan penempatan haram Yadudi di Itamar yang terletak kira-kira empat kilometer ke utara Aqraba.

"Kumpulan itu memecahkan tingkap masjid dan melemparkam bom ke dalam masjid sehingga menyebabkan permaidani terbakar," kata Ghassan.

Menurut seorang jurugambar, tulisan 'Price tag' turut dilakar pada dinding luar masjid berkenaan.

Kumpulan 'Price tag' juga pernah melancarkan beberapa serangan ke atas penduduk Palestin, Arab-Israel serta merosakkan gereja di Tebing Barat dan di wilayah Israel sendiri sejak 2008. - REUTERS