Ladang Burung Unta: Tarikan Terbaru Di Padang Pesar

Ladang burung unta yang menempatkan sebanyak lima ekor burung unta di Taman Agro-Lancong, Padang Besar, Perlis menjadi tarikan utama untuk menarik pengunjung serta pelancong mengunjungi kawasan yang diselia oleh Jabatan Veterinar Perlis itu.

Menurut penyelia Taman Agro-Lancong, Mohd Nizam Shawal, tempat ini akan dibangunkan lagi dalam usaha untuk menarik kunjungan pelawat serta pelancong selain menarik kaum belia untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat yang disediakan di sini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menaiki ATV dan sukan memanah yang dikenakan dengan kadar bayaran yang cukup berpatutan.

“Di sini untuk menaiki ATV selama 15 minit kami hanya mengenakan caj bayaran sebanyak RM20. Sementara itu untuk aktiviti memanah RM10 dikenakan untuk 12 batang anak panah.

“Dan selepas ini kami akan membawa masuk gajah dari Thailand yang dijangka akan menjadi tarikan yang boleh mengamit pengunjung datang ke sini,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa Program Sahabat Media Visit Malaysia 2014, di Perlis, baru-baru ini.

perlis
perlis1

Selain itu, mereka juga dalam rancangan untuk mewujudkan permainan paintball yang cukup popular di kalangan anak muda di Lembah Klang, untuk memberi seribu satu pengalaman baharu kepada para belia di Perlis serta aktiviti belon panas.

Bercakap mengenai tarikan utamanya buat masa ini, pastilah burung unta yagn sentiasa dinantikan aksi dan gelagat mereka oleh pengunjung yang datang ke sini.

Anda berpeluang mendekati burung unta, selain boleh memberi makan dan membelainya dari jarak yang cukup dekat, tak perlu risau sebab memang jinak-jinak burung-burung unta ni!

perlis5

Memang berbaloilah kalau anda luangkan sedikit masa mengunjungi Taman Agro-Lancong Padang Besar sebelum singgah ke mana-mana lokasi menarik lain lagi yang terdapat di negeri Perlis Indera Kayangan ini! 


perlis2
perlis3
perlis4 

Sumber: Mynewshub.cc