Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi |
Kemelut dalaman PAS yang kini menghadapi ancaman dari sebuah pertubuhan yang berselindung di sebalik nama NGO, PasMa kini menjadi sajian utama perbualan di kalangan penyokong parti itu, khususnya golongan yang menyokong kepimpinan ulama.
Menurut sumber, Ahli Dewan Ulama Pemuda PAS Pahang, Mokhtar Senik baru-baru ini menyenaraikan 10 ciri-ciri penyokong PasMa di dalam parti itu yang disifatkan sebagai "duri dalam daging".
Rahsia yang bukan lagi menjadi rahsia itu dikongsi dan disebarkan secara terbuka di laman-laman sosial pro-PAS bagi mengingatkan ahli parti itu yang dilarang sama sekali untuk menyerta pertubuhan tersebut.
Setiausaha Dewan Ulama PAS, Ustaz Nik Zawawi Salleh mewartakan bahawa badan syura ulama parti itu menggazetkan larangan pada ahlinya dari melibatkan diri dari kegiatan PasMa.
Pengumuman tersebut kemudiaannya dibantah keras oleh Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, yang mengherdik Majlis Syura dan mendakwa badan tertinggi PAS tersebut tidak berhak melarang ahlinya menyertai pertubuhan yang diketuainya itu.
Berikut adalah 10 ciri penyokong PasMa yang disenaraikan Mokhtar:
1. Hari2 belasah presiden.
2. Hari2 belasah majlis syura.
3. Hari2 bela PKR & DAP.
4. Asal ada ruang saya belasah pas.
5. Saya masih beri wala n kesetiasaan kpd jamaah lama saya.
6. Kalau menulis mesti saya sindir sinis atau kutuk ulamak.
7. Kalau ada sesiapa belasah ulamak, saya tumpang semangkuk.
8. Kalau ada ulamak balas balik, saya akan nasihat ulamak supaya cool.
9. Kalau ada sesiapa khianat parti saya akan kata mereka hero.
10. Kalau ada sesiapa yg kutuk tindakan hero saya itu akan saya kata mereka pengkhianat n tidak berlapang dada.
Dan berikut pula adalah kenyataan yang didakwa telah dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Titiwangsa:
Orang jenis apakah ini?Itu lah ciri2 PasMa. (Seperti yg Ustaz Mokhtar Senik DUPP PHG senaraikan untuk panduan n rujukan kita).Orang jenis ini bukan berjuang utk menyelamatkan pas tp merosakn pas.PasMa ditubuhkan atas nama NGO kebajikan rakyat tp realitinya menyerang pas seumpama umno serang kerajaan negeri kelantan.NGO ini hanya tahu menyerang pas tp membela tindakan DAP & PKR yg menyokong pesta mabuk.Mereka ini (PasMa) cuba membuang fahaman Islam tulen dr perjuangan pas.Penceramah PasMa banyak menafsirkan ayat2 hukum guna kepala otak mereka.PasMa merupakan wadah aliran sekular/liberal utk puak2 yg seangkatan fahamannya dgn umno, bn, pkr n dap.Seperti pesta mabuk..umno n bn luluskan pusat arak..pkr n dap mengajurkan pesta tsbt..org2 PasMa dtg beri pembelaan...ini lah sekular liberal n sosialis.Akhirnya kebatilan tetap akan bersama kebatilan walau pada awalnya ia bersama kebenaran...kebenaran tetap kebenaran walau pada awalnya ia nampak bersama kebatilan...hanya hati yg kukuh jiwanya dgn aqidah as-shohihah yg tetap teguh bersama kebenaran yg setakat ini hanya pas sebagai wadahnya.Allahu 'alam
13/10/2014
Al-Faqir Ilallah Abdullah bin DinDisediakan oleh
Lajnah Penerangan
PAS Kwsan Titiwangsa
PAS sehingga kini dilaporkan masih gagal menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam parti itu meskipun isu Menteri Besar Selangor telah selesai. -KedahNews.com