SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk
mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi ‘We Chat’ untuk mencari
pelanggan, memetik laporan Astro Awani.
Taktik ini terbongkar apabila Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan
Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd
Jais menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Dwitasik, Bandar Sri
Permaisuri di ibu negara malam kelmarin.
Selain itu, sindiket pelacuran menggunakan warga Thailand dan
Vietnam ini juga turut menawarkan kad pelanggan setia, dengan percuma
satu perkhidmatan bagi setiap 10 kali langganan.
“Melalui risikan selama seminggu, kami mendapati dalang sindiket
membawa wanita terbabit ke premis selepas pelanggannya memilih mereka
melalui aplikasi ‘We Chat’.
“Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh memilih wanita diingini dan
sebaik persetujuan dicapai ‘bapa ayam’ membawa pelacur terbabit ke
premis itu untuk diserahkan kepada pelanggan,” katanya.
“Pihak polis turut menemui kondom yang disembunyikan di dalam peti
ais. Selain itu pusat urut yang beroperasi sejak enam bulan lalu tidak
mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya.
Menurut Mohamad Jais, pusat maksiat itu dikesan memberi tawaran urut
batin dan seks percuma apabila pelanggannya yang berkunjung ke premis
itu dengan mempamerkan kad keahlian yang ditanda sebagai bukti.
Kesemua pelacur dan seorang bapa ayam berusia 28 tahun di bawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Mynewshub.cc