Lembu Korban Menyorok Dalam Semak!

Foto
PENDUDUK Syamsudin Md Zin (kanan) dibantu Mohd Zaini Ali menarik lembu yang terlepas lari, semalam. FOTO Mohd Kamil Rahim
Butterworth - Suasana di Lorong 12, Taman Sutera, Seberang Jaya di sini, kecoh seketika selepas lembu untuk ibadah korban Ahad ini terlepas dalam kejadian, semalam.

Ketika kejadian 10.30 malam itu, beberapa penduduk sedang memindahkan haiwan itu dari lori bagaimanapun tali digunakan untuk mengikat lembu berkenaan terlucut menyebabkan haiwan itu bertindak agresif dan terlepas. 

 Penduduk, Mohd Ayub Md Said, 44, berkata, kejadian itu menyebabkan mereka terpaksa melancarkan gerakan mengesan haiwan itu yang bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran.

"Kami risau sekiranya haiwan itu hilang sedangkan penduduk merancang untuk melakukan ibadah korban itu Ahad ini.

"Selepas hampir dua jam mencari haiwan itu berjaya ditemui dan dengan bantuan penduduk kampung ia berjaya ditangkap semula," katanya.

Haiwan itu dikatakan kerap bertindak agresif menyebabkan ia terpaksa dipantau bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. -myMetro