Sonia dan Anita, pasangan adik beradik yang buta sejak dilahirkan
tidak menyangka mereka akan melihat dunia dengan kedua buah matanya.
Pasangan adik beradik yang tinggal di pedalaman India ini buta sejak dilahirkan.
Sepatutnya, mereka telah menerima pembedahan yang berkos USD300
(RM984) ketika mereka masih kecil lagi tetapi malangnya pendapatan kedua
ibu bapa mereka yang hanya bekerja sabagai petani sangat kecil, iaitu
sebanyak 17 sen sejam. Kasihan, bukan?
Pelbagai kesukaran dihadapi oleh dua beradik ini namun akhirnya mereka mendapat berita gembira.
Terima kasih kepada usaha yang dijalankan oleh "20/20/20",
sebuah organisasi badan amal yang ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak
cacat penglihatan khas kepada golongan kelompok dunia ketiga.
“Saya boleh melihat, mak.” Kata Anita, 6 tahun, sebaik sahaja balutan matanya dibuka sambil memegang ibunya.
Sonia dan Anita telah selamat menjalani pembedahan yang mudah pada
mata mereka, apabila pembalut mata ditanggalkan, mereka dapat melihat
dunia buat kali pertama.
Ia dirakamkan di dalam sebuah video yang amat bermakna ini...